Sukan Hari Ini

Nicol pertahan emas

nicol emas

Glasgow: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mempersembahkan permainan paling menarik dan bijak ketika menewaskan juara dunia dari England, Laura Massaro untuk mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel, awal pagi semalam.

Final yang mempertemukan pemain nombor satu dan dua dunia itu akhirnya menjadi berat sebelah dengan penguasaan gelanggang Nicol yang menang mudah 12-10, 11-2, 11-5.

“Pingat emas Sukan Komanwel ini cukup bererti buat saya berbanding gelaran sirkit dunia. Saya mewakili negara kelahiran saya sedangkan kejohanan sirkit lebih kepada diri sendiri.

“Saya gembira berjaya mempertahankan emas ini selepas menang kali pertama di New Delhi.

“Mustahil saya tidak bertanding di ini. Malaysia memerlukan khidmat saya dan menjadi satu penghormatan buat saya menunaikannya,” kata Nicol.

Biarpun sudah mencecah usia 32 tahun, tidak kelihatan tenaganya susut malah semakin garang berdepan Laura yang mendapat tumpuan utama media Britain yang menyifatkannya sebagai pertembungan yang amat dinanti-nantikan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");