Membawang Hari Ini

Cinta & wawasan Fathia-Aiman

fathia aiman

Sisi percintaan dua pelakon ini nyata cukup menarik untuk di-bincangkan, apalagi kedua-dua empunya diri sedang meniti kemuncak kerjaya masing-masing. Jelita dan tampan, kombinasi mereka sememangnya sempurna sehinggakan ramai memuji pasangan ini sangat ideal.

Memikirkan jadual kedua-duanya yang tentu sekali padat, terbit rasa ragu andai sukar menggandingkan mereka untuk sesi fotografi sempena Aidilfitri ini. Apatah lagi, bukan senang mengatur fotografi membabitkan pasangan kekasih sebegini.

Bagaimanapun, nyata Nur Fathia Abd Latiff atau Fathia, 26, dan Aiman Hakim Ridza atau Aiman, 25, tiada songeh langsung dipasangkan bersama bahkan bekerja dengan mereka cukup menyenangkan.

Fathia anggun dalam persalinan Cosry Couture, Fathia manakala Aiman segak menyarung baju Melayu tajaan SNI by Kas Tailor, kedua-duanya kelihatan mesra dan manis. Saling usik-mengusik, terserlah pada riak muka masing-masing betapa indahnya hubungan mereka sekarang.

Sempat mengusik Fathia berkenaan hubungan mereka, pelakon Ariana Rose itu cuma tersenyum malu dan mengakui sangat menyenangi pelakon tampan itu. Apapun, menurutnya tiada istilah terburu-buru apabila membuka topik perancangan masa depan lantaran banyak keutamaan masih perlu didahulukan sekarang ini.

“Mengenai hala tuju perhubungan kami, ringkas saja, saya serahkan kepada takdir. Jodoh di tangan Tuhan. Namun, saya boleh katakan saya senang sekali dengan Aiman dan istimewanya, dia menjadi sumber inspirasi saya daripada banyak aspek.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");