Jenayah

Maut akibat tayar pecah

Kuantan: Seorang lelaki warga emas maut selepas pikap dipandunya terbabas akibat tayar pecah di Kilometer 27 Jalan Kuantan-Gambang, dekat sini pagi ini.

Pada kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, mangsa, Loo Ting Yang, 72, dari Rumah Murah, Gambang, dekat sini, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, Loo yang memandu pikap Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Gambang menuju ke bandar ini atas urusan kerja.

“Namun sebaik tiba ditempat kejadian, tayar depan sebelah kanan tiba-tiba pecah menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar papan tanda.

“Loo yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan oleh anggota perubatan yang tiba kira-kira 15 minit kemudian sebelum disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Zainalabidin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengkebumian.

Pada kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, mangsa, Loo Ting Yang, 72, dari Rumah Murah Gambang, dekat sini, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, Loo yang memandu kenderaan pacuan empat roda (4X4) jenis Toyota Jilux dalam perjalanan dari arah Gambang menuju ke bandar ini atas urusan kerja.

“Namun sebaik tiba ditempat kejadian, tayar depan sebelah kanan tiba-tiba pecah menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar papan tanda.

“Loo yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan oleh anggota perubatan yang tiba kira-kira 15 minit kemudian sebelum disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Zainalabidin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengkebumian.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");