Membawang Hari Ini

Dulu BERAYA di balai bomba

artis

Meninggalkan kerjaya tetap untuk lebih fokus terhadap bidang lakonan adalah satu keputusan yang bukan calang-calang mampu dilakukan seseorang. Namun begitu, setiap kali melakukannya pasti orang itu sudah memikirkan baik buruk perkara yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

Begitu juga dengan pelakon dari Singapura, Hi–syam Hamid. Dia nekad berhenti kerja sebagai ahli bomba di Singapura awal tahun ini demi berhijrah ke Malaysia bagi meneruskan karier lakonan yang sedang rancak berkembang.

Ingin membawa dua anaknya yang masih bersekolah, Nurish Syameliah, 7, dan Hayde, 5, untuk sama menetap di Kuala Lumpur, Hisyam berharap semua itu dapat dilaksanakan hujung tahun ini.

Ditemui pada sesi fotografi bersama, RAP, baru-baru ini, Hisyam berkata, sudah lama dia memikirkan perkara berkenaan. Walaupun pada awalnya tidak terlintas untuk semua itu, selepas melihat kejayaan atas drama bersiri Ariana Rose, Hisyam yakin keputusan yang dibuatnya itu tidak salah.

“Setahun saya memberikan tempoh kepada diri untuk melihat maklum balas positif terhadap kerjaya lakonan di sini. Apabila ia berhasil, saya perlu melakukan sesuatu supaya kerjaya tidak terganggu.

“Selepas berhenti kerja, saya gembira rezeki dalam lakonan masih tetap ada. Boleh dikatakan jadual saya sentiasa penuh setiap bulan. Insya-Allah sasaran saya bagi membawa isteri dan anak untuk terus tinggal di Malaysia awal tahun depan akan terlaksana.

“Buat sementara waktu ini, saya berulang-alik dengan isteri (Rosmawati Hanafi) yang juga pengurus saya. Ini kerana anak masih bersekolah, justeru, tidak mahu mengganggu sesi pembelajaran mereka saya biarkan mereka habis sekolah sehingga hujung tahun ini,” kata–nya yang pertama kali berlakon terbitan Malaysia menerusi siri Cut Amirah.

Tidak pernah terfikir drama bersiri lakonan–nya mendapatkan maklum balas positif sehingga mencetuskan fenomena luar biasa Hisyam yang juga anak sulung daripada dua beradik ini menganggap kejayaan drama berkenaan adalah rezeki bukan saja untuk dirinya, malah buat pelakon lain yang terbabit.

Dia akui agak sukar untuk menjadikan lakonan sebagai kerjaya utama di republik itu kerana tawaran agak terhad.

Atas sebab itulah dia memilih kerjaya tetap sebagai ahli bomba dan berlakon sebagai kerja sampi–ngan ketika itu. Namun kesibukan semakin terasa, apatah lagi selepas kejayaan fenomena Ariana Rose, dia mula mendapat perhatian ramai produser di sini.

“Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang diterima. Sebagai seorang pelakon kita sukar hendak menduga sambutan orang terhadap drama yang kita jayakan. Namun, apabila melihat fenomena luar biasa Ariana Rose, saya anggap ia adalah rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Walaupun sebelum ini sudah terbabit beberapa drama, namun rezeki saya lebih dikenali menerusi Ariana Rose dan saya ang–gap ia permulaan untuk saya mengorak langkah dalam lakonan di sini,” katanya yang membinta–ngi drama 130 episod Cinta Ibadah terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd.

Beraya kerana anak

Pertama kali menyambut raya sebagai pelakon sepenuh masa, Hisyam yang menetap di Tampines, Singapura mengakui sejak kecil dia tidak berasa teruja menyambut Aidilfitri.

Mungkin kerana melalui pengalaman perpisahan orang tua pada usia masih kecil menyebabkan Hisyam tidak mengerti bagaimana untuk merasai kemeriahan raya.

Kembali sibuk di lokasi penggambaran pada raya kelima menerusi telefilem Hatiku Di Krabi gandingan bersama Liyana Jasmay, Hisyam berkata, dia terlintas memeriahkan sambutan hari raya sejak berkahwin.

“Ibu dan ayah saya bercerai ketika umur saya tiga tahun. Masih kecil dan terlalu mentah ketika itu. Sejak itu, saya perlu bergilir-gilir beraya de–ngan ibu pada hari raya pertama manakala raya kedua atau ketiga, ayah akan datang ambil untuk beraya dengan keluarga sebelah dia pula.

Memang ketika itu perasaan sedih bercampur-baur. Selepas ibu dan ayah berpisah, saya menetap dengan ibu, Siti Rohani, datuk dan adik saya. Apabila ayah datang mengambil kami terasa lain sangat dan ketika itu perasaan sedih menyelubungi diri apabila meninggalkan ibu walaupun hanya untuk sekejap.

“Waktu itu terasa raya seperti tiada apa-apa makna buat saya kerana keluarga yang sudah berpecah. Apabila mengenali isteri yang mempunyai keluarga besar, ditambah dengan kehadiran dua anak kami, saya mula merasakan kemeriahan raya kerana melihat gelagat mereka,” katanya yang meng–gemari ayam goreng madu, juadah neneknya setiap kali raya.

Hisyam berkata, setiap kali hendak raya anak yang paling sibuk. Melihat gelagat mereka dengan pakaian raya masing-masing hati–nya mula tersentuh. Merekalah yang sibuk bertanya hari ini hendak ke rumah saudara yang mana.

“Disebabkan terlalu banyak rumah saudara-mara yang hendak dilawati saya pernah keluar rumah seawal jam 9 pagi dan pulang jam 1 pagi. Memang raya sakan ketika itu. Penat hanya Allah SWT saja yang tahu. Namun, ia semua bukan masalah yang penting anak gembira kerana dapat berjumpa saudara-mara,” kata Hisyam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");