Jenayah

Pengsan atas jalan

pengsan

Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga asing ditemui tidak sedarkan diri di Jalan Coastal berhadapan Star City Mall dengan kecederaan di beberapa anggota badan di sini, awal pagi ini.

Dalam insiden jam 3 pagi itu, lelaki tersebut hampir dilanggar beberapa kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Insiden itu menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa memberhentikan kenderaan untuk menghulurkan bantuan.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala itu dipercayai dipukul di kawasan berhampiran sebelum terlantar di atas jalan raya.

Seorang lagi lelaki warga asing dipercayai rakan mangsa yang berlumuran darah kelihatan bergegas mendapatkan mangsa yang pengsan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");