Sukan Hari Ini

Skuad hoki dimalukan

hoki

SKUAD hoki lelaki negara dikejutkan pasukan bukan pilihan Trinidad and Tobago apabila tewas 2-4 pada aksi ketiga kumpulan B di Stadium Hoki Nasional Glasgow, kelmarin.

Dalam aksi itu, pasukan Trinidad and Tobago membuka jaringan awal minit kelapan menerusi Mickell Peirre dan selang tiga minit kemudian Kwandwane Browne menggandakan kedudukan.

Browne terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad negara dengan meledak gol ketiga Trinidad and Tobago pada minit ke-15.

Pemain negara Norhizzat Sumatri kembali mengurang defisit jaringan apabila meledak gol pertama skuad negara pada minit ke-24 tetapi Browne sekali lagi menekan skuad kebangsaan dengan menjaringkan gol keempat Trinidad and Tobago pada minit ke-35.

Skuad negara cuba bangkit apabila berjaya menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-69 oleh Muhammad Ramadan Rosli tetapi keputusan 2-4 kekal sehingga tamat perlawanan.

Mengulas perlawanan tersebut, penolong jurulatih skuad hoki negara K Gobinathan mengakui skuad kendaliannya bertanggungjawab ke atas keputusan mengejut itu.

Katanya, pasukan lawan memiliki kualiti tersendiri yang mana beliau mengakui kehebatan pasukan itu yang didakwa tidak memiliki ranking dalam hoki dunia tetapi mempunyai banyak pemain berpengalaman di liga England.

Skuad hoki negara akan bertemu New Zealand bagi mengakhiri kempen Sukan Komanwel, hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");