Berita Hari Ini

Bantu orang bukan Islam pelajari ilmu ALLAH

muhd  zamri

SERDANG – Masjid dan institusi keagamaan perlu memainkan peranan dalam membantu membimbing masyarakat bukan Islam untuk mengenali corak akidah Islam.

Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia, Muhd Zamri Vinoth Abdullah berkata, masjid dan surau perlu mencontohi peranan institusi keagamaan seperti di zaman Rasulullah SAW yang membuka pintu seluasnya bagi sesiapa jua yang berminat untuk mengenali dan mempelajari Islam.

“Kalau kita lihat pada zaman tersebut, banyak sahabat baginda telah memeluk Islam di dalam masjid. Kita perlu hidupkan kembali peranan masjid dengan membuka ruang masjid kepada orang bukan Islam supaya mereka lebih mengenal apa itu Islam.

“Jika ada majlis sambutan seperti Maulidur Rasul dan sebagainya, kita boleh ajak jiran-jiran yang bukan Islam untuk sama-sama menyambutnya, kita juga boleh ambil peluang untuk mengenali tuntutan Islam,” katanya selepas Program Perdana Iftar 2014, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau percaya dengan wujudnya kefahaman Islam menerusi ilmu yang disampaikan melalui institusi agama seperti surau dan masjid, masyarakat akan lebih menghormati agama Islam sekaligus dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.

“Apabila mereka mengetahui tentang Islam, prejudis yang ada terhadap Islam Insya-ALLAH sedikit demi sedikit akan terungkai,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada seluruh institusi agama supaya membuka pintu kepada yang bukan Islam dan memberikan sedikit ruang masjid dan surau kepada mereka demi mengetahui dan menghayati ilmu Islam dengan lebih mendalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");