Jenayah

Tumpu lokasi kerap kemalangan

ops selama

KLUANG – Ops Selamat yang mula dilancarkan Khamis lalu lebih menumpukan kepada kawasan kerap berlaku kemalangan dan kesesakan semasa, sebelum dan selepas Aidilfitri.

Operasi yang dijalankan sehingga 4 Ogos depan, diadakan secara bersepadu dengan menggembleng semua kekuatan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat Kluang serta anggota Polis Cawangan Trafik.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, beberapa konsep diguna pakai dalam Ops Selamat 3/2013 diteruskan pada tahun ini bagi melancarkan pergerakan kenderaan dijangka meningkat terutama Aidilfitri.

“Antara konsep dijalankan adalah rondaan pasukan bermotosikal serta kereta terutama sekali kawasan yang dikenali sebagai kawasan panas atau kerap berlaku kemalangan maut.

“Pasukan pemantau yang akan diletakkan di kawasan strategik bagi memberikan laporan keadaan lalu lintas sebelum pasukan sokongan datang membantu,” katanya selepas mengagihkan risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna di Pos Pemantau di Kilometer 41 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini.

Mohd Roze berkata, Ops Selamat Bilangan 5/2014 itu memberi tumpuan penguatkuasaan terhadap enam jenis kesalahan lalu lintas iaitu kemalangan, memandu laju, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar serta tidak mematuhi lampu isyarat merah.

“Antara kawasan kerap berlaku kemalangan di Kluang adalah Kilometer (KM) 50 hingga 73 Lebuhraya Utara-Selatan (Arah Utara), KM 71 hingga 85 Jalan Johor-Ayer Hitam dan KM 41 hingga 60 Jalan Batu Pahat-Mersing,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");