Berita Hari Ini

Sembilan Ruang Tempat Letak Pesawat Di Klia2 Ditutup Sementara

klia21

KUALA LUMPUR: Sembilan ruang tempat letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ditutup sementara ekoran penurunan suhu dalam sistem bahan bakar jet.

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dinasihatkan oleh Kuala Lumpur Aviation Fuelling System (KAFS) tentang perkara itu dan memutuskan penutupan sementara dari semalam (Rabu) dan dijangka sehingga Ahad tengah malam.

“Sebagai pengendali lapangan terbang yang mengutamakan keselamatan lapangan terbang dan penumpang, Malaysia Airports memandang serius perkara itu.

“Walaupun tiada apa yang perlu dibimbangkan, tindakan ini diambil sebagai langkah keselamatan, serta bagi membolehkan KAFS melakukan pemeriksaan terperinci,” menurut MAHB dalam kenyataan.

MAHB tidak menjangkakan sebarang gangguan besar-besaran terhadap operasi lapangan terbang kerana terminal mempunyai tempat letak pesawat mencukupi untuk kegunaan syarikat-syarikat penerbangan.

“Malaysia Airports akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak kepentingan bagi memastikan penumpang tidak terjejas,” menurutnya.

Sebagai sebahagian prosedur operasinya, Malaysia Airports juga telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut kenyataan itu, Malaysia Airports akan dipandu oleh KAFS dalam melakukan sebarang kerja pembaikan yang mungkin diperlukan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");