Membawang Hari Ini

Yazit (Search) Terharu Isteri Jual Kraftangan Cari Wang

Yazid Main Pix

PETALING JAYA: Pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad terharu dengan pengorbanan isterinya, Ramlah Ahmad yang sanggup menjual hasil kraftangan bagi mendapatkan wang untuk membiayai kos perubatannya akibat penyakit kegagalan buah pinggang.

Yazit, 52, berkata, isterinya menghasilkan pelbagai kraftangan seperti kotak tisu, tas tangan dan perhiasan rumah menggunakan manik untuk dijual kepada rakan-rakan dan peminat.

“Dia tidak mahu kami meminta-minta dan selagi ada kudrat untuk mendapatkan wang dia akan cuba sedaya upayanya untuk membantu saya dan pengorbanannya itu membuatkan saya cukup terharu.

“Kadang-kala dia bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan namun Alhamdulillah hasil kerja tangannya cukup cantik dan mendapat banyak permintaan daripada pelanggan,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Yazit, jika dia mempunyai sebarang undangan ke majlis-majlis hiburan dia akan membawa hasil kerja isterinya itu untuk dijual terus kepada pelanggan.

Yazit yang terpaksa melakukan rawatan hemodialisis sebanyak empat kali sehari setiap empat jam memerlukan RM2,800 untuk menampung kos tersebut setiap bulan dan tidak termasuk ubat-ubatan lain.

Dalam pada itu, Yazit berkata, dia amat merindui untuk kembali beraksi di pentas bersama Search namun kesihatannya yang tidak mengizinkan membuatkan dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Jelas Yazit, dia bersyukur apabila rakan-rakan seperjuangannya tidak pernah melupakannya dan sentiasa bertanya khabar jika mempunyai masa lapang.

“Bila mereka ajak saya buat persembahan saya rasa bersemangat betul kerana sudah lama tidak naik pentas. Muzik adalah satu-satunya perkara yang saya tahu lakukan dan berharap suatu hari nanti dapat beraksi semula,” katanya.

Jika peminat yang ingin mendapatkan barangan kraftangan yang dihasilkan oleh isteri Yazit boleh melayari laman Facebook dengan carian Sang Gendang.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");