Jenayah

Pembeli, penjual tak layak dapat simpati

Kuala Lumpur: Individu yang terbabit sindiket penjualan mercun termasuk pembeli dan penjual perlu tidak layak mendapat simpati daripada tindakan undang-undang sebaliknya perlu dikenakan tindakan paling tegas iaitu hukuman penjara mengikut peruntukan akta sedia ada.

Berdasarkan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, individu yang disabit kesalahan berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata, hukuman denda tidak begitu memberi pengajaran kepada pelaku dan beliau melihat tindakan penjara lebih berkesan dalam mengurangkan kes membabitkan mercun.

Katanya, penguatkuasaan terhadap kegiatan itu perlu lebih tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia.

“Dari segi pendakwaan, ia perlu dilakukan dengan lebih tegas dan menyeluruh bukan saja kepada individu dalam sindiket itu malah penjual dan pembeli.

“Sebagai contoh, ketika ini banyak kes penyeludupan serta penjual rokok diheret ke mahkamah dan ia juga perlu dilakukan terhadap kes mercun. Bagi saya kes mercun di negara kita sudah sampai di tahap serius namun masyarakat kita masih tidak ambil pengajaran.

“Mereka yang terbabit tidak layak menerima belas kasihan daripada pihak mahkamah dan terlepas daripada tindakan mereka. Kita perlu sedar bahawa mercun memberi implikasi yang besar terhadap masyarakat kita.

“Ramai mangsa mengalami cedera parah seperti hilang jari, kudung dan hingga meninggal dunia. Ini menjejaskan generasi muda,” katanya, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");