Isu Panas

Pas Selangor tetap sokong Abdul Hadi

Zaidy Abdul Talib

SELAYANG – Pas Selangor menyokong penuh pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, pandangan Abdul Hadi dilihat bertepatan dengan fiqah dalam Siasah Syar’yah iaitu segala tindakan pemimpin kepada rakyat adalah untuk kebaikan rakyat itu sendiri.

Menurutnya, perkara itu telah dibincangkan beberapa kali dengan memanggil pimpinan Pas Selangor untuk menilai prestasi Abdul Khalid sebelum keputusan mengekalkannya dibuat.

“Pas Selangor bersetuju dengan pandangan Abdul Hadi bahawa segala masalah yang dibangkitkan tidak langsung melibatkan integriti, khianat dan pecah amanah, sebaliknya bersifat ruang penambahbaikan bagi memperkukuhkan lagi Kerajaan Negeri Selangor untuk terus memantapkan sokongan rakyat negeri ini kepada PR.

“Pendirian ini telah banyak menghurai kemelut kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor khususnya dalam menetapkan pendirian dan menyatakan sikap ahli-ahli Pas Selangor,” katanya.

Katanya, beliau berharap semua pimpinan dan ahli Pas Selangor mampu fokus kepada gerak kerja parti dan khidmat bakti untuk masyarakat tanpa terganggu dengan mana-mana isu dan polemik.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");