Membawang Hari Ini

Memori lebaran Chacha & Shakilla

chaca

DUNIA hiburan sentiasa dahagakan bakat baru atau pelapis. Mengalih perhatian kepada kelompok pelakon baru, usah terlepas pandang aura dua gadis jelita – Shakilla Khoriri dan Chacha Maembong.

Wajah mereka semakin laris di kaca TV dan mula menjadi buruan produser. Bertemu dengan mereka pada sesi fotografi istimewa RAP sempena Aidilfitri kali ini, Shakilla dan Chacha bersikap terbuka berkongsi kisah mereka.

Ternyata, laluan Syakilla dalam dunia hiburan sejak lapan tahun lalu agak berliku. Me­ngimbau kisah silam itu, Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata, bukan mudah untuk berada pada tahap sekarang. Ujarnya, minat mendalam dalam lakonan mendorong dia menjadi pelakon walaupun bimbang juga dengan cabaran yang bakal diredah.

“Pada awal pembabitan dulu, saya hanya pelakon tambahan. Sehinggalah pada sekitar 2007 barulah saya mula berasakan diri harus diberi peluang untuk mengembangkan bakat lakonan itu.

“Tak sangka, hasrat untuk jadi pelakon yang mendapat dialog akhirnya menjadi kenyataan apabila saya menerima tawaran membintangi sebuah drama yang tempoh penggambarannya selama empat bulan.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");