Jenayah

Mengerang bakar diri di tandas

bakar diri

Kulim: “Ketika kejadian saya sedang berada di gerai melayan pelanggan tiba-tiba terkejut mendengar seorang wanita menjerit sambil berlari keluar dari tandas.

“Saya kemudian bergegas masuk ke dalam tandas dan mendengar suara orang mengerang kesakitan.

“Namun apabila saya menendang pintu yang berkunci itu, saya mendapati seorang wanita sudah terbakar,” kata Othman Ali Babjan, 42, saksi kejadian seorang wanita dipercayai membunuh diri dengan membakar dirinya dalam tandas awam di Medan Selera Taman Tunku Putra, Jalan Bayu berhampiran Pasar Awam Kulim, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa berusia lingkungan 30-an yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai membunuh diri dengan membakar diri berikutan penemuan sebotol plastik yang hampir cair di sebelah tangan kanan mangsa serta beg galas di belakangnya.

Othman berkata, dia terdengar jeritan wanita terbabit dan melihat api sedang marak melalui lubang udara di tepi tandas dan terus berlari ke arah tandas terbabit.

“Pada mulanya saya sangka tandas terbabit terbakar dan bergegas untuk memadamkan api. Tandas wanita itu mempunyai dua pintu bilik air dan ketika kejadian, bilik sebelah kanan sedang marak terbakar.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");