Sukan Hari Ini

Demam Neymar

neymar

Tokyo: Tokyo mengalami ‘demam Neymar’ selepas bintang bola sepak Brazil itu hadir di ibu negara Jepun untuk menghadiri kontrak penajaan dengan pengeluar katil.

Penyerang Barcelona berusia 22 tahun itu yang masih belum pulih kecederaan tulang belakang vertebra pada Piala Dunia lalu, disambut kira-kira 700 penyokong di Lapangan Terbang Haneda sebelum dibawa ke studio stesen televisyen.

“Keadaan kecederaan belakang saya bertambah baik dan harap dapat menyertai rakan sepasukan secepat mungkin.

“Saya perlu pastikan dapat teruskan sesi pemulihan bagi membolehkan saya cergas 100 peratus. Saya begitu berharap dapat kembali pada musim depan,” katanya.

Neymar akan menyertai jentera serangan terbaik dunia di samping Lionel Messi dan bintang baru Barcelona, Luis Suarez.

“Memang sentiasa menjadi impian saya untuk beraksi di Eropah dan memenangi sebanyak mungkin piala. Saya tidak meletakkan sasaran untuk muncul pemain terbaik dunia.

NEYMAR (kanan) disambut peminat di Lapangan Terbang Haneda.

“Sebaliknya hanya mahu menjadi pemain yang mampu memberi sumbangan sebaik mungkin untuk membantu Brazil,” katanya.

Neymar yang tampil di stesen televisyen Fuji TV, menerima kejutan apabila dikerumuni peminat yang mahu mendapatkan tandatangannya.

Bintang Brazil itu agak malu apabila ditanya sama ada dia meminati wanita Jepun.

“Wanita Jepun memang cantik tapi saya rakyat Brazil, jadi saya lebih memilih wanita Brazil,” katanya. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");