Jenayah

36 kaki judi kena cekup dalam operasi bersepadu

judi

MELAKA – Seramai 36 kaki judi termasuk dua wanita yang sedang leka bermain mesin judi dicekup polis dalam Ops Dadu Bersepadu di tiga premis berasingan di Cheng dan Paya Rumput di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, dua lelaki dipercayai penjaga dua daripada tiga premis tersebut turut ditahan bersama 58 set komputer dalam serbuan lebih sejam bermula 2 petang.

Beliau berkata, kesemua kaki judi berusia 20 hingga 30-an itu ditahan dalam operasi membabitkan 20 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan Daerah Melaka Tengah serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Kesemua kaki judi itu ditahan mengikut Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya, dua penjaga premis terbabit pula disiasat mengikut Seksyen 4B akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 untuk setiap mesin atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kebanyakan pengusaha premis mesin judi dikesan sentiasa berpindah tempat baharu untuk meneruskan perniagaan setelah premis mereka diserbu pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Razali berkata, polis menjalankan 105 serbuan dan menahan 164 individu serta merampas 2,253 set komputer dalam usaha membanteras aktiviti berkenaan di daerah Melaka Tengah sejak Januari lepas hinggalah operasi semalam.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");