Perak Hari Ini

Empat Stesen Utama Di Perak Catat IPU Sederhana

PERAK-TODAY-110

Kualiti Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi empat stesen pemantauan udara di Perak mencatatkan bacaan sederhana setakat jam 2 petang tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen yang mencatatkan bacaan sederhana adalah Kampung Air Putih, Taiping iaitu 75 dan S K Pegoh, Ipoh (70).

Dua lagi stesen iaitu Jalan Tasek, Ipoh dan Seri Manjung pula masing-masing mencatatkan bacaan sebanyak 63 dan 64.

Manakala satu lagi kawasan iaitu di Tanjung Malim mencatatkan bacaan kualiti udara yang baik iaitu 49.

Bacaan IPU 0 hingga 50 adalah kategori baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 200 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala lebih daripada 300 pula dikategorikan sebagai berbahaya.

Orang ramai yang ingin mengetahui bacaan kualiti udara semasa di kawasan masing-masing boleh melayari portal http://www.doe.gov.my.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk lebih kerap minum air masak apabila keluar rumah untuk berkunjung ke rumah sanak saudara sempena musim perayaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");