Membawang Hari Ini

Kerinduan Reen Rahim

SAMBUTAN Lebaran pasti meriah andai dapat disambut di kampung halaman bersama sanak saudara dan datuk serta nenek.

Begitulah yang diakui oleh Juara Pilih Kasih musim ketiga, Reen Rahim atau nama sebenarnya nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim.

Mengimbau kenangan manis ketika menyambut Lebaran, Reen berkata, ketika kecil dia sering pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri bersama nenek dan sanak-saudara.

Namun selepas neneknya meninggal, dia jarang dapat berkumpul beramai-ramai seperti sebelumnya dan hanya berkunjung ke rumah sanak saudara pada hari raya.

“Dulu ketika arwah nenek masih ada, raya memang cukup meriah. Bukan sahaja dapat berkumpul beramai-ramai, tapi dapat bergotong royong memasak, mengemas dan sebagainya.

“Tapi lepas nenek pergi, saya rasa dah lama tidak menikmati suasana seperti itu lagi. Paling tidak pun pada hari pertama hingga ketiga raya, kami akan berkunjung ke rumah saudara mara,” ujar gadis berusia 26 tahun ini.

Reen berkata, persiapan raya pada tahun ini di buat secara sederhana dan dia sendiri membeli baju beberapa hari sebelum menjelang Lebaran.

“Walaupun saya cuti awal sebelum Aidilfitri, tapi tak sempat nak mencari baju raya. Malah keluarga saya juga buat persiapan raya secara sederhana.

“Memandangkan tinggal saya seorang anak perempuan di rumah, jadi agak penat juga mengemas rumah, apatah lagi saya tidak sihat seminggu sebelum raya hari itu,” katanya.

Rumah terbuka

Di tebak mengenai rumah terbuka, Reen berkata, tiada istilah rumah terbuka dan dia bersedia melayan sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke rumahnya pada hari raya.

“Dulu saya dan keluarga pernah buat rumah terbuka, tapi sayangnya tidak dapat terlayan kerana ramai sangat yang datang.

“Jadi selepas itu kami buat konsep hari-hari rumah terbuka. Siapa yang nak datang biasanya mereka akan telefon terlebih dahulu dan mak akan masak juadah untuk mereka.

“Bila buat macam itu, empat atau lima keluarga datang sekali gus pun kita masih dapat melayan dan duduk berbual,” katanya.

Belum puas

Sementara itu, bercerita mengenai karier lakonannya, Reen berkata, biarpun sudah tiga tahun terlibat dalam industri lakonan, dirinya masih belum puas dengan watak yang diberikan kepadanya.

“Alhamdulillah setakat ini semua watak yang saya idamkan saya sudah dapat. Cuma dari segi kepuasan itu belum lagi 100 peratus. Biasanya lepas selesai dan menonton balik lakonan saya, saya tahu saya boleh buat lebih baik lagi,” katanya.

Reen berkata, memandangkan dia masih baru, dia tidak mahu menjadi pelakon yang selektif kerana biarpun watak itu pernah dibawanya, namun pengalaman yang ditimba tetap berlain.

“Memang ada watak yang lebih kurang sama, tapi pengalaman, orang sekeliling bukan benda yang sama. Penting juga untuk saya tidak memilih karakter kerana semua itu adalah proses pembelajaran saya,” katanya lagi.

Tambah Reen, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran beberapa buah drama seperti Terlanjur Mencintaimu, Buih-Buih Kasih dan Kiambang. Manakala filem lakonannya, 345 Nafas masih menunggu tarikh tayangan.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");