Isu Panas

Isu MB: PAS Tidak Akan Bekerjasama Dengan Umno Selangor

mat sabu

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menolak sebarang kemungkinan parti itu akan bekerjasama dengan Umno Selangor, selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi wakil bebas akibat dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Tak adalah, tak ada kerjasama dengan Umno, tak ada kemungkinan. Tidak mungkin akan berlaku.

“Kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat. Sekiranya kita terpaksa berpecah, ia perlu ada konsensus. Ia bukan keputusan individu,” katanya ketika ditemui sebelum pendengaran kes melibatkan beliau di Mahkamah Sesyen di sini.

Ditanya sama ada PAS akan bekerjasama dengan Khalid, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan sentiasa bersama pakatan sementara Khalid merupakan wakil rakyat Bebas.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");