Perak Hari Ini

WCIT Mampu Jadi Medium Bentuk Generasi Muda

Penganjuran World Conference on Islamic Thought and Civilization (WCIT) 2014 bukan sekadar untuk kepentingan akademik tetapi juga merupakan medium berpotensi membentuk generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara di masa akan datang.

“Kita perlu berfikir bersama-sama, bergerak ke hadapan dan terus membina tamadun Islam,” demikian menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya lagi, generasi muda perlu diberi bimbingan yang betul dari sekarang bagi membentuk pemikiran mereka sebagai pewaris negara di masa akan datang.

Beliau berkata demikian sempena majlis penutup WCIT 2014 bertemakan “The Rise and Fall of Civilization: Contemporary State of Muslim Affairs” 2014 anjuran Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di Ipoh, petang tadi.

Hadir sama, Rektor KUISAS, Datuk Dr. Nordin Kardi dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Dr Muhammad Amin Zakaria.

PERAKTODAY1

Sebanyak 200 kertas kerja dalam lima sesi pembentangan telah membincangkan pelbagai aspek dan isu berkenaan perkembangan tamadun Islam pada kali ini.

“Seminar kali ini peluang untuk semua memberi reaksi kepada maksud tamadun itu sendiri selain menyediakan pelbagai pengetahuan termasuklah nilai moral,” jelasnya lagi.

Seminar kali ini juga berjaya menghimpunkan para peserta dari serata dunia Islam seperti Algeria, Mesir, Jordan dan Yaman yang membincangkan pelbagai isu berkenaan tamadun Islam dan kepentingan elemen pendidikan serta teknologi.

PERAKTODAY3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");