Membawang Hari Ini

Kalau itu jodoh kita

kalau itu jodoh

STESEN TV AlHijrah sekali lagi membawakan drama bersiri menarik bagi tontonan peminat setia stesen televisyen berkenaan.

Menggantikan drama bersiri Walau Sedetik Cinta, drama bersiri terbaru ini mengangkat barisan pelakon popular sebagai teraju utama seperti Qi Razali, Uqasha Senrose, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim, Aidil Aziz dan Noremy Ramli.

Mengambil judul Kalau Itu Jodoh Kita, drama bersiri terbitan Hyper Pictures Sdn Bhd ini mula disiarkan bermula 12 Ogos lalu setiap hari Selasa pada jam 10.00 malam.

Drama bersiri 13 episod ini mendapat sentuhan pengarah Mohd Penislin @ Rosli Sharif.

Menurutnya, drama ini menampilkan lokasi penggambaran yang istimewa iaitu Istanbul.

“Pemilihan Istanbul kerana ia telah melakar namanya sebagai destinasi pilihan yang terkenal dengan sejarah serta permukaan geografinya yang indah dan mengagumkan,” katanya.

Jelasnya, barisan pelakon utama juga adalah kekuatan bagi drama bersiri ini.

“Qi, Uqasha, Anzalna dan Pekin antara pelakon yang boleh jiwai karakter dengan baik selain mempunyai pengikut tersendiri.

“Saya yakin drama ini mendapat sambutan lebih-lebih lagi jalan ceritanya agak dinamik dan diselitkan dengan pelbagai konflik,” katanya.

Sedikit mengenai Kalau Itu Jodoh Kita, ia berkisarkan kehidupan Lufta yang masih bersikap keanak-anakan dipaksa berkahwin dengan Feroz atas pilihan keluarga.

Kehidupan rumah tangga mereka bahagia sehinggalah kekasih lama Feroz, Irin mencari jalan memisahkan mereka. Mendapat tahu mengenai hubungan suaminya bersama Irin, Lufta mula berubah.

Apakah yang bakal berlaku dalam rumah tangga mereka? Untuk mengetahui kesudahan cinta mereka jangan lepaskan peluang menyaksikan drama bersiri skrip hasil nukilan Mazlida Mazilan ini di TV AlHijrah saluran 114.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");