Isu Panas

Abdul Khalid mohon maaf kepada rakyat

khalid isu mb

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada rakyat berikutan situasi politik yang tidak terduga di Selangor, sekali gus mencalarkan corak pentadbiran negeri.

Namun beliau mengakui, tidak ambil pusing dengan karenah wayang politik dimainkan kerana beliau sendiri memilih menjadi ahli politik.

“Tak mengapa…saya yang pilih untuk menjadi ahli politik…jadi saya terpaksa hadapinya.

“Saya minta maaf kerana ‘perhatian’ yang diberikan kepada Selangor ketika ini. Minta maaf juga kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Integriti ketiga anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, semalam.

Beliau ketika berucap turut memetik hadis Hadis Riwayat Bukhari (1746) daripada Abu Hurairah R.A yang menekankan soal nilai amanah.

“Rasulullah SAW bersabda ‘di saat amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran.’ Lalu Sahabat bertanya: ‘Bagaimana orang tidak berpegang teguh kepada amanah itu, ya Rasulullah?’ Baginda menjawab: ‘Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran,'” katanya di hadapan kira-kira 100 penjawat PKNS.

Dalam ucapannya, Abdul Khalid mengaitkan isu integriti sebagai satu keperluan untuk mencapai satu pengurusan korporat yang baik.

Katanya, projek mega bukan lagi keutamaan tetapi harga sebuah integriti bertumpu kepada transparensi dan akauntabiliti.

“Integriti bukan sahaja dituntut kepada sebuah organisasi dan individu…integriti juga memangkin kecemerlangan,” katanya.

Selepas dipecat PKR dua minggu lalu, Abdul Khalid dilihat sering diiringi hampir 20 anggota keselamatan pada setiap majlis dihadirinya dan mereka ini akan menghalang wartawan yang menahannya untuk mengemukakan soalan.

Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai mesra media, hanya tersenyum tanpa sebarang kenyataan meskipun diasak dengan pelbagai soalan oleh media.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");