Jenayah

Mimpi abang long pulang tersenyum

kemalangan

Pasir Mas: “Tiga malam berturut-turut Ahmad Mustakim mimpikan abang longnya pulang ke rumah. Saya tak sangka mimpinya itu membawa petanda kami akan kehilangan Ahmad Fikri buat selama-lamanya.

“Saya masih terkejut lagi dengan berita ini,” kata Rosnani Seman, 43, ibu kepada Ahmad Fikri Mansor, 23, seorang daripada dua anggota tentera yang maut selepas terbabit kemalangan di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, Sandakan, Sabah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, kereta kebal Adnan yang dinaiki Ahmad Fikri bersama beberapa anggota lain terbabit kemalangan dan terbalik menyebabkan dua maut manakala, empat anggota lagi cedera.

Rosnani berkata, dia mengetahui berita kematian anak sulung daripada lima beradik itu sekitar jam 2 petang menerusi panggilan telefon daripada rakan setugas arwah.

Katanya, sebelum itu anak keempatnya iaitu Ahmad Mustakim, 15, memberitahu mimpikan arwah yang pulang ke rumah dengan wajah yang ceria dan sentiasa tersenyum.

“Sebelum itu, sudah dua hari dia bermimpi arwah berada dalam rumah kami.

“Mulanya saya menyangka mimpinya itu kerana dia terlalu rindukan abangnya. Tak tahu pula mimpi terbabit membawa maksud berbeza,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");