Membawang Hari Ini

Lebih mudah akses muzik

guvera

Bintang hip hop tempatan Joe Flizzow dan Altimet dipilih sebagai duta Guvera bagi mempromosikan per­khidmatan muzik yang ditawarkan syarikat berkenaan.

Guvera yang ditubuh–kan pada 2008 di Australia adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan muzik dengan sokongan pengiklanan yang boleh didapati melalui laman web termasuk aplikasi mudah-alih.

Meskipun perkhidmatan muzik seumpama ini bukanlah sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia, namun Guvera dikatakan aplikasi paling efisyen.

Presiden merangkap Pengarah Urusan Guvera Asia Michael Wallis Brown berkata, menjadi fokus mereka untuk menawarkan pengalaman baru yang mengujakan dalam kehidupan pengguna bersama Guvera.

“Di samping pengalaman baru, Guvera secara tidak langsung membantu perkembangan artis dan industri tempatan melalui pendedahan yang diberikan.

“Terbaru, kami menandatangani perjanjian sebagai rakan perniagaan untuk Lenovo. Melalui usaha sama itu, aplikasi perkhidmatan muzik Guvera akan terus muatkan dalam produk Lenovo seperti telefon pintar dan tab­let,” katanya.

Sementara itu, Joe Flizzow berkata, Guvera mempunyai rekod sebagai perkhidmatan muzik yang diperakui dapat membantu perkembangan muzik dunia melalui anugerah yang pernah dimenangi syarikat itu.

“Saya percaya industri muzik tempatan mampu berkembang sekali gus maju setapak lagi melalui usaha sama membabitkan penggiat seni tempatan dan antarabangsa yang sama-sama menggunakan medium ini.

“Ini kerana melalui pengalaman saya sendiri, kolaborasi dengan penggiat muzik dari luar salah satu cara memperkenalkan nama seseorang artis itu di peringkat antarabangsa.

“Guvera tidak hanya menyediakan perkhidmatan memuat turun lagu yang memberi royalti kepada syarikat rakaman mahupun penggiat muzik indie, tetapi ia juga menyediakan ruang untuk mempromosi muzik video serta pelbagai kelebihan lain,” katanya.

Selain Joe Flizzow dan Altimet, artis tempatan yang bekerjasama dengan Guvera ialah SonaOne dan Faizal.

Untuk kadar langganan, Guvera mengenakan caj sebanyak RM14.99 sebulan dan pengguna boleh menikmati kelebihan mengakses muzik atas permintaan, selain melangkah memainkan sesuatu lagu de–ngan mudah.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");