Laporan Eksklusif

Mahu tatap kali terakhir

tanah

Segamat: “Ini kali pertama saya menaiki kapal terbang tetapi sedih kerana mengiringi jenazah anak sendiri,” kata Asiah Rajikon, 57, ibu Hasni Hardi Parlan, 31, jurutera perkapalan yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh di timur Ukrine.

Dia ditemui sebelum berlepas ke Amsterdam, Belanda, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada jam 12 tengah malam, kelmarin, bersama suaminya, Parlan Mesiran, 60.

Penerbangan itu dijadual mengambil masa selama 17 jam sebelum mendarat di Amsterdam dan menguruskan beberapa dokumen yang diperlukan.

“Saya akan mengikut perancangan ditetapkan, tetapi buat masa ini belum dimaklumkan sepenuhnya jadual di sana,” katanya selepas majlis bacaan Yasin serta tahlil bersama penduduk di Taman Seri Alam 2 di Batu Anam di sini.

Menurutnya, jika dibenarkan, dia bersama suami ingin menatap jenazah anaknya itu buat kali terakhir yang dikhabarkan antara yang lengkap anggota badannya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");