Berita Hari Ini

Shuaib dibawa pulang

azeez

Kaherah: Usianya baru dua tahun, namun sudah berhadapan dengan realiti peperangan.

Shuaib Abu Shahab menjadi anak yatim apabila bapa dan beberapa ahli keluarga terbunuh manakala ibunya parah dalam serangan rejim Zionis Israel pertengahan bulan lalu yang turut meranapkan rumah mereka.

Bukan itu saja, dia mengalami kecederaan parah apabila dinding rumah yang runtuh menghempap tubuh dan kepala menyebabkan otaknya membengkak.

Kini dia terlantar di katil dan menanti giliran melakukan pembedahan kepala yang belum dapat dipastikan bila.

Atas keprihatinan Ketua Misi Kemanusiaan Malaysia Gaza, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, kanak-kanak ini antara 20 pesakit yang akan cuba dibawa balik ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Doktor yang merawat Shuaib sudah memberi penerangan kepada kami mengenai tahap kecederaannya dan memberi kebenaran untuk membawanya balik ke Malaysia,” katanya di Hospital Al Amal, Gaza semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");