Sukan Hari Ini

Idam emas perpisahan

badminton

Kuala Lumpur: Pemain beregu negara Goh V Shem berharap dapat meraih keputusan cukup diingati pada Kejohanan Dunia bermula 25 Ogos ini sekali gus menjadi ‘majlis perpisahan’ terbaik gandingan terakhirnya dengan Lim Khim Wah.

Gandingan itu bakal berpisah buat kali keempat selepas Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark berakhir dengan kemungkinan besar V Shem bakal digandingkan dengan Tan Wee Kiong yang menyaksikan mereka meraih pingat emas Sukan Komanwel lalu.

V Shem-Wee Kiong dijangka digandingkan lagi pada temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan bulan depan iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Dunia.

“Oleh sebab ini gandingan terakhir saya dengan Khim Wah, saya mahu mendapatkan keputusan yang bagus.

“Hampir 90 peratus sudah pasti saya akan bergandingan dengan Wee Kiong di Sukan Asia,” katanya.

Jelas V Shem, secara peribadi dia sememangnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Khim Wah dan hanya menuruti keputusan pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta barisan jurulatih.

“Jurulatih nampak saya lebih konsisten bergandingan dengan Wee Kiong.

“Ini semua pilihan BAM dan jurulatih. Sebagai pemain saya perlu ikut keputusan mereka,” katanya yang berjaya meraih kejayaan muncul juara Terbuka Malaysia bersama Khim Wah pada tahun lalu.

Rombakan selepas Kejohanan Dunia juga menyaksikan Khim Wah mungkin digandingkan dengan Ow Yao Han sementara Hoon Thien How bersama pemain senior, Tan Boon Heong.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");