Sukan Hari Ini

Kuala Kangsar pilihan tepat

berbasikal

Kuala Kangsar: Pemilihan Bandar Kuala Kangsar sebagai lokasi kejohanan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014 amat tepat kerana ia dilihat mampu mempopularkan sektor pelancongan di Perak khususnya pelancongan sukan.

Setanding dengan pusat pelancongan antarabangsa yang lain, bandar yang terkenal dengan jolokan ‘Bandar Diraja Bandar Warisan Budaya’ itu diyakini mampu menarik lebih ramai pelancong asing mahupun tempatan untuk sama-sama memeriahkan lagi aktiviti pelancongan di negeri itu.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) Shahrom Abdul Malik, ketika ditemui baru-baru ini menyifatkan kejohanan yang bakal diadakan pada 24 Ogos ini sebagai pencetus aktiviti pelancongan sukan terutamanya apabila ia membabitkan beberapa lokasi menarik di Kuala Kangsar.

“Kejohanan kali ini tambah lebih menarik kerana ia membabitkan beberapa kawasan menarik dan jarang diketahui ramai kerana tarikan dari segi pemandangan serta kawasannya. Tambahan pula kejohanan kali ini diadakan pada skala yang lebih besar berbanding program yang pernah dianjurkan di sekitar bandar raya ini.

“Selain mempunyai kemudahan trek bagus, lokasi di sini juga berpotensi mempromosi pelancongan Perak ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, berbeza dengan kawasan pelancongan lain, Kuala Kangsar dilihat mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu diketengahkan kepada orang ramai.

“Pengunjung mahupun peserta yang terbabit pada kejohanan kali ini akan ‘dihidangkan’ pelbagai seni bina dan warisan sejarah menarik yang menjadi ikon Kuala Kangsar seperti Masjid Ubudiah, Istana Kenangan, Galeri Sultan Azlan Shah, Jambatan Victoria, iaitu antara lokasi pelancongan menarik yang terdapat di sini.

“Selain itu, penghasilan labu sayong yang popular dalam kalangan masyarakat setempat juga menjadikan Kuala Kangsar kaya dengan seni warisan budayanya. Itu belum termasuk keunikan makanan yang popular di sini seperti laksa kuala,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");