Membawang Hari Ini

Neelofa membisu isu kahwin kerabat Kelantan

Pelakon dan pengacara, Neelofa terus membisu apabila ditanya gosip yang mengaitkan dirinya dengan kerabat dari Kelantan.

Dia yang ditemui selepas selesai menjadi pengacara majlis di majlis pelancaran program TV 1Malaysia Ikon di Hotel Sunway & Resort di sini semalam hanya sekadar memberi senyuman tanpa berkata apa-apa.

Pihak media yang mengekorinya bagi meminta penjelasan berhubung isu tersebut akhirnya terpaksa beralah apabila Neelofa masuk ke dalam lif.

Pengurusnya, Shawn Amer memberi Neelofa terpaksa bergegas pulang kerana perlu menghadiri kuliah di kolej.

Namun apa pelik adalah sikap Neelofa yang terlalu berahsia dengan gosip tersebut.

Sebenarnya tidak susah pun kerana dia boleh menafikan gosip itu jika tidak benar.

Sebaliknya tindakan pengacara Meletop itu yang enggan memberikan sebarang komen seolah-olah mengiyakan pula gosip tersebut.

Sebelum ini pun, ramai artis popular pantas menafikan apa jua gosip mengenai mereka jika ia tidak benar.

Sementara itu, gosip Neelofa bakal berkahwin dengan kerabat tertinggi Kelantan mula kecoh di laman sosial sejak minggu lalu.

Gosip itu bermula apabila Neelofa bertemu dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada awal Syawal lalu.

Difahamkan, kerabat Kelantan itu rapat dengan Nik Aziz dan menganggapnya sebagai bapa angkat.-

-MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");