Jenayah

Lima tahun pecah rumah akhirnya ditahan polis

jenayah gmbr hiasan 3

SHAH ALAM – Selama lima tahun menyara isteri dengan hasil rompakan, seorang lelaki dipercayai suspek kes pecah rumah di sekitar Klang dan Lembah Klang akhirnya berjaya ditahan oleh polis pada 18 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, suspek yang berusia 34 tahun itu diekori dan ditahan oleh pihak polis.
“Suspek mensasarkan pangsapuri dan kondominium kos rendah dan sederhana. Kebiasaannya suspek akan berkeliaran di kawasan perumahan terbabit dan apabila ada peluang suspek akan lakukan pecah rumah ke atas kediaman yang disasarkan.
“Suspek sasarkan rumah-rumah yang tidak mempunyai penghuni (pada waktu kejadian) dan suspek akan gunakan ‘Allen Keys’ untuk memecah masuk dan membuka pintu rumah mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini.
Menurut pihak polis lagi, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu dipercayai melakukan rompakan secara berseorangan.
Hasil serbuan pihak polis berjaya merampas dua buah kereta jenis Proton Exora dan Proton Satria yang didakwa digunakan bagi melakukan kerja-kerja jenayah.
Dalam pada itu pihak polis turut merampas hasil rompakan berupa barang kemas, beberapa jenis telefon bimbit dan beberapa helai resit pajak gadai.
Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek dipercayai positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai dua rekod lampau bagi kes yang sama.
Setakat ini, pihak polis masih belum dapat menentukan anggaran sebenar bagi nilai rampasan kes tersebut.
Suspek yang didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan direman sejak 18 Ogos hingga 21 Ogos nanti.
-Sinar harian
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");