Perak Hari Ini

Hina Institusi Diraja: Menteri, Pihak Berkaitan Perlu Bertindak Tegas

Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (PPPKMM) cawangan Perak menggesa agar menteri dan pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap individu yang bertindak menghina institusi Kesultanan dan Raja-raja Melayu.

Menurut Yang Dipertuanya, Datuk Omar Ahmad, setiap ahli persatuan itu membantah sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang cuba menganggu-gugat kepentingan institusi diraja.

“Penghinaan terhadap sultan yang menjadi tunggak perjuangan Melayu tidak sepatutnya berlaku sama sekali, dan jika ada mana-mana pihak yang bertindak demikian, kami akan menentang habis-habisan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus majlis rumah terbuka PPPKMMNP yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perak di RTC Gopeng, petang tadi.

“Jangan pernah cuba menghina dan mempermainkan bangsa yang lain kerana ia ibarat mengejutkan harimau yang sedang tidur,” tegasnya.

Katanya lagi, tindakan tegas perlu diambil supaya isu itu tidak terus dipermainkan tanpa sebarang tindakan.

“Pihak menteri berkenaan perlu ambil tindakan pantas dan tegas serta jangan sesekali bersifat pilih kasih agar individu terbabit mendapat hukuman yang setimpal,” tegasnya lagi.

Bersempena ulangtahun kemerdekaan ke-57, beliau turut menggesa agar peniaga-peniaga kecil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan tanah air.

Terdahulu, majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu selain turut melibatkan ahli persatuan dari 12 daerah di negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");