Jenayah

Empat suspek geng ‘Norse’ diberkas

ketua polis daerah ipoh

SHAH ALAM – Empat suspek ahli kumpulan ‘Norse’ berjaya diberkas dalam satu serbuan semalam manakala empat lagi suspek bagi kes rompakan berkumpulan dan bersenjata itu masih bebas dan kini diburu pihak polis.

Mengesahkan penangkapan yang dibuat, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, kesemua suspek iaitu separuh daripada ahli kumpulan ‘Norse’ ditangkap dalam dua serbuan berasingan di dua buah kediaman berlainan.

“Pada jam dua sehingga jam tiga petang, pihak kami telah menjalankan serbuan ke atas dua kediaman di kawasan Kampung Padang Jawa di Klang. Hasil dari serbuan, kami telah berjaya menahan empat suspek yang menyamun secara berkumpulan dan mereka mensasarkan kedai serbaneka 24 jam atau petrol kiosk.

“Dalam serbuan pertama, kami berjaya menangkap tiga suspek namun seorang lagi suspek dipercayai ketua kumpulan geng ‘Norse’ berjaya meloloskan diri, dan pada serbuan kedua kami berjaya menangkap seorang lagi suspek,” katanya.

Menurut beliau, suspek menggunakan modus operandi sama dalam setiap operasi jenayah mereka iaitu menggunakan dua buah motorsikal yang ditunggang oleh empat suspek dalam satu-satu masa.

Jelas Azisman, dua suspek akan menyerang sasaran mereka sebaik tiba di lokasi kejadian, manakala dua suspek lagi akan mengawal di sekitar premis.

Kesemua ahli geng ‘Norse’ yang dipercayai berumur dari 20-30 tahun aktif melakukan jenayah di sekitar Shah Alam, Klang, dan Lembah Klang sejak dua tahun lalu.

Tambahnya lagi, suspek dimaklumkan tidak mempunyai pekerja dan ada di antara suspek mempunyai rekod lampau dalam jenayah yang sama.

Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga mendapati ada di antara suspek yang positif dadah.
Kesemua suspek yang ditahan akan direman lima hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Akta Kesalahan 395/397 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan akan dihukum penjara dan sebatan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");