Isu Panas

Kes MB: Sultan Selangor berangkat pulang awal?

kemelut politik

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan akan berangkat pulang lebih awal ke tanah air iaitu Sabtu ini, empat hari lebih awal daripada jadual asal.

“Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memendekkan percutian luar negaranya dan akan pulang pada 23 Ogos,” lapor beberapa portal yang memetik sumber kerajaan negeri.
Keberangkatan awal Tuanku Sultan Selangor difahamkan rentetan daripada kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang semakin memuncak mutakhir ini.
Minggu lalu, 30 Adun Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan rasa hilang percaya kepada kepimpinan Abdul Khalid sekali gus menjadikan ia suara majoriti menolak kepimpinan menteri besar itu.
Malah Pas yang sebelum ini menyokong Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar juga telah membuat pusingan U.
Melihat kepada perkembangan itu, Abdul Khalid sebelum ini memohon untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara namun ditolak oleh baginda.

Baginda bertitah supaya Abdul Khalid menunggu kepulangannya untuk menyampaikan tentang perkembangan politik di Selangor.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");