Jenayah

Pelajar tingkatan tiga dirogol

jenayah gmbr hiasan 3

RANTAU PANJANG – Perjalanan pulang seorang pelajar perempuan tingkatan tiga bertukar ngeri apabila diculik dan dirogol oleh seorang lelaki tidak dikenali, jam 1.15 petang, Isnin lalu.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa menaiki motosikal sendirian dihimpit oleh kereta proton Waja berwarna putih dan Proton Wira merah marun, kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Menurutnya, mangsa ditarik ke tempat duduk belakang dan mendapati terdapat empat lelaki dalam lingkungan 20-an berada di dalam kereta tersebut.

“Salah seorang daripadanya memegang dan memukul mangsa manakala suspek lain merogolnya.

“Mangsa ditinggalkan di tepi jalan dekat Bunut Susu Tendong iaitu hampir 10 kilometer daripada tempat diculik sebelum ditemui orang awam,” katanya.

Haliludin berkata, berbekalkan gambaran mangsa, usaha mengesan kesemua suspek giat dijalankan dan kes ini disiasat mengikut seksyen 365/376 Kanun Keseksaan.

Beliau memohon kerjasama semua pihak, untuk mengesan kereta Proton Waja berwarna putih dan Proton Wira merah berkenaan dan melaporkan kepada balai polis terdekat.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");