Jenayah

Kegiatan tiga beranak tumpas

Kegiatan tumpas

KANGAR – Kegiatan mencuri alat ganti bot nelayan oleh tiga beranak di Kuala Perlis tumpas apabila mereka ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kangar, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kangar, Superintendan Abdul Rahman Noordin berkata, bapa yang berusia 51 tahun itu ditahan bersama anak lelakinya berusia 19 tahun di rumah mereka di Taman Bidara kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurutnya, seorang lagi anak lelaki yang juga suspek berusia 22 tahun kemudiannya menyerah diri pada pukul 1 petang hari yang sama.

“Ketiga-tiga beranak ini dipercayai mencuri alat ganti bot di stor pelantar di Jalan Bukit Tok Po, Kuala Perlis, di sini dengan memecahkan lantai papan pelantar tersebut pada waktu malam.

“Apabila berjaya masuk ke dalam stor berkenaan, mereka akan mencampak alat ganti itu ke dalam lumpur dan diangkut menggunakan raga sebelum dibawa dengan motosikal ke rumah mereka,” katanya kepada pemberita Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, pelbagai jenis peralatan yang dicuri ditemui di hadapan rumah mereka telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, antara barang yang dirampas adalah dua besi ekzos, besi pelbagai bentuk, kotak gear, komponen enjin yang dileraikan, besi turbo bot dan dua tin penampal bot jenama Adheseal.

“Kesemua peralatan ini dianggarkan berharga RM7,000 yang disyaki akan dijual untuk pasaran tempatan,” katanya.

Katanya, tiga beranak ini ditahan reman selama lima hari dan dituduh di Mahkamah Majistret Kangar semalam mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara hingga lima tahun dan denda,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");