Jenayah

Mayat rentung jadi tanda tanya

mayat rentung

JOHOR BAHRU – Sebuah keluarga terkejut selepas pihak bomba dan penyelamat menemui mayat rentung dalam rumah miliknya yang terbakar di Jalan Silat Sindeng 19, Bandar Selesa Jaya, jam 1 petang semalam.

Ini berikutan ketika kejadian, kediaman yang dihuni lima sekeluarga itu tidak berpenghuni kerana kesemuanya berada di luar.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulai Taman Universiti, Rozan Mohd Sheikh berkata, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 petang.

Menurutnya, ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan di dalam rumah berkenaan, anggotanya menemui mayat seseorang yang rentung berada di atas tangga rumah teres dua tingkat itu.

“Ketika kami tiba di tempat kejadian pada jam 1.42 petang, kami menemui mayat rentung seseorang yang kelihatan dalam aksi seperti hendak melarikan diri dengan berjalan turun tangga.

“Mayat dibawa keluar dan kebakaran berjaya dikawal dalam masa kurang 15 minit,” katanya.

Rozan berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian termasuk mayat yang ditemui rentung masih dalam siasatan memandangkan maklumat yang diterima pemilik rumah meninggalkan kediamannya tanpa penghuni.

“Maklumat yang diterima daripada pemilik rumah, mereka tidak mengenali mayat rentung berkenaan kerana mereka sekeluarga tidak berada di rumah ketika kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Mohd Noor Hashim Mohamed mengesahkan kejadian dan berkata, pihak polis sedang mengenal pasti identiti mayat yang ditemui rentung.

“Kami masih tidak boleh mengesahkan sama ada mangsa lelaki atau wanita. Kami sedang mengumpul maklumat daripada jiran yang melihat kejadian.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Hotline Polis Johor 07-2212999 atau ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");