Perak Hari Ini

Tragedi MH17: Sultan Perak Cemar Duli Sambut Tiga Jenazah Di LTSAS Ipoh Esok

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah akan mencemar duli untuk menyambut tiga jenazah mangsa tragedi MH17 di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, esok.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, persiapan bagi majlis tersebut telah dilakukan oleh kerajaan negeri sesuai dengan apa yang ditetapkan di peringkat Persekutuan untuk menyambut jenazah nahas MH17.

“Kita telah mendapat maklumat terkini daripada kerajaan Pusat berkaitan persiapan terakhir untuk membawa jenazah mangsa nahas pesawat MH17.

“Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah akan mencemar duli untuk menyambut jenazah di LTSAS, esok,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah mendapat maklumat bahawa hanya tiga jenazah yang akan dibawa pulang ke negeri itu.

“Semalam, dimaklumkan bahawa empat jenazah yang akan diterbangkan ke Perak tetapi hari ini, kita diberitahu hanya tiga jenazah mangsa sahaja yang akan diterbangkan ke Perak,” katanya lagi.

Beliau berkata, seluruh negeri akan bertafakur bagi memperingati mangsa tragedi pesawat MH17.

Zambry juga mengingatkan media supaya menghormati privasi keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

“Pihak media diharapkan dapat menghormati privasi keluarga mangsa kerana mereka mungkin ingin bersendirian,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");