Isu Panas

Soal pilih MB: Pas nafi istana terlibat

dr ahmad samsuri

SHAH ALAM – Pas hari ini menafikan penglibatan dan campur tangan Istana Selangor dalam proses perbincangan bagi memilih nama pemimpin bagi jawatan menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, tujuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon kepada pihak Istana Selangor untuk menghadap adalah bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

“Datuk Seri Abdul Hadi telah memohon mengadap Sultan Selangor pada hari raya keempat semperna Hari Raya Aidil Fitri dan tidak ada sebarang titah arahan dari Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor,” katanya.

Beliau dalam pada itu mewakili pihak Pas menegaskan bahawa maklumat dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat adalah maklumat yang tidak ditulis dengan tepat.

“Menurutnya (Suhaizan), maklumat yang disampaikan dalam kenyataan tersebut seolah-olah menggambarkan wujud titah arahan tertentu oleh Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Datuk Seri Abdul Hadi.

“Maklumat ini tidak tepat dan telah mengundang kekeliruan,” katanya lagi.

Suhaizan pada 19 Ogos lalu telah mengeluarkan satu kenyataan bertajuk ‘Meneroka Laluan Alternatif, Bukan U-turn demi memberikan penjelasan kepada semua pihak mengenai keputusan Pas yang menaikkan dua nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali bagi calon jawatan menteri besar pada Mesyuarat Pimpinan Pas Pusat pada 17 Ogos lalu.

Menurut kenyataan itu, Tok Guru Presiden Pas mempunyai hubungan yang agak baik dengan Istana Selangor. Pada Syawal keempat beliau dititah mengadap Sultan Selangor. Hasilnya, Presiden membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Wan Azizah.

“Atas pertimbangan tersebut, Pas mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin Ali (selepas Wan Azizah) sebagai alternatif,’ kata Suhaizan melalui kenyataan tersebut.

Ia sekaligus membuat beberapa pihak terkeliru dan berpendapat kemungkinan adanya campur tangan dari pihak istana melalui Pas dalam membuat keputusan mengenai pelantikan bagi jawatan tersebut.

Bagaimanapun Suhaizan dalam sebuah lagi kenyataan berasingan hari ini berkata, tanggapan dan kekeliruan yang wujud tersasar jauh sama sekali dengan apa yang dimaksudkan melalui rencana tersebut.

“Saya ingin membetulkan segala dakwaan yang menyatakan bahawa pihak Istana Selangor telah menamakan atau memberi isyarat nama Mohamed Azmin sebagai calon MB Selangor.

“Segala tanggapan berkaitan dengannya adalah tidak benar sama sekali dan menyimpang dari maksud sebenar kenyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");