Membawang Hari Ini

Suki Low jahit anak patung untuk anak

suki

SETELAH berkahwin pada 12 Disember 2012 yang lalu, Juara One In A Million musim pertama, Suki Low kini sedang hamil lima bulan.

Suaminya, Jeremy Chong melahirkan kesyukuran atas kehamilan tersebut dan mengakui tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

“Sangat teruja. Setiap bulan masa pergi pemeriksaan kandungan kerana ketika itu boleh nampak bayi,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Apa yang menarik, Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee menjahit sendiri anak patung untuk calon bayinya.

“Suki jahit anak patung kecil-kecil yang boleh digantung untuk anak kami apabila ada masa luang.

“Katanya nak buat zoo bagi anak kami tengok,” katanya.

Ketika ditanya aktiviti seni Suki sepanjang kehamilannya, Jeremy akui Suki tetap ‘berdegil’ untuk bekerja.

“Saya dah suruh dia berhenti membuat persembahan sementara tapi dia nak buat juga.

“Dia kata, kalau ibu kerja keras, bayi nanti tak malas,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");