Sukan Hari Ini

EPL: Dua bintang pop Argentina jejas tumpuan Rojo, Aguero di Manchester

Sergio_Aguero_cropped_transformed

LONDON: Pertembungan dua pasukan tetangga Manchester – United dan City – dalam saingan Liga Perdana Inggeris nanti harus ‘tambah panas’ untuk dua rakan sepasukan dari Argentina, Sergio Aguero dan Marcos Rojo.

Dua pemain yang beraksi dalam final Piala Dunia 2014 difahamkan bertengkar ketika kejohanan musim panas di Brazil itu selepas Rojo – yang baru melengkapkan perpindahan ke United dengan nilai perpindahan STG16 juta (RM80 juta) dari Sporting Lisbon, semalam – mengundang rakannya, bintang pop Argentina, El Polaco ke dalam bilik persalinan selepas perlawanan kumpulan.

Ironinya, El Polaco adalah bekas teman lelaki seorang lagi bintang pop dari negara sama, Karina Tejeda yang kini menjadi teman wanita baru, Aguero dari City.

Kedua-dua penyanyi itu yang menjadi bintang cumbia – gaya popular Latin – mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun tetapi sudah berpisah sejak tahun lalu.

Menurut akhbar La Gaceta, Aguero tidak begitu gembira dengan gelagat Rojo mengundang penyanyi lelaki itu masuk ke bilik persalinan pasukan.

Apa yang menjadi bicara ketika ini ialah adakah kedua-dua pemain itu akan berjabat tangan apabila kedua-dua pasukan Manchester itu bertemu pada 2 November ini. – Mail Online

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");