Perak Hari Ini

Tragedi MH17: Perak Berkabung

Warga kerja Peraktoday.com.my merakamkan ucapan takziah buat semua ahli keluarga serta rakan taulan kepada mangsa nahas pesawat MH17 yang dibawa pulang ke tanah air, hari ini.

Tiga jenazah mangsa yang berasal dari Perak akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh sebaik sahaja upacara penghormatan peringkat nasional yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat Sepang selesai.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah akan mencemar duli menyambut jenazah Allahyarhamah Noor Rahimmah Mohd Nor dan mendiang Chong Yee Pheng.

Jenazah Noor Rahimmah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun manakala jenazah mendiang Yee Pheng pula akan disemadikan di Paradise Memorial Park, dekat Chemor, esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");