Perak Hari Ini

Tragedi MH17: Dua Jenazah Tiba Di LTSAS Ipoh

Suasana hiba dan suram menyelubungi perkarangan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh apabila dua jenazah mangsa tragedi MH17 selamat tiba di lapangan terbang tersebut, kira-kira jam 12.12 pagi tadi.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarhamah Noor Rahimmah Mohd Noor dan mendiang Chong Yee Pheng.

Turut hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan dan barisan exco Perak.

Sekitar jam 10.55 pagi tadi, keadaan sunyi menyelubungi lapangan terbang itu bagi upacara bertafakur selama satu minit bagi menghormati mangsa nahas MH17.

Sanak keluarga mangsa kelihatan memenuhi ruang lobi LTSAS sekitar jam 10 pagi tadi.

Dua jenazah itu merupakan antara 20 jenazah rakyat Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Mangsa MH17, Allahyarhamah Noor Rahimmah yang berusia 67 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid Lama, Tambun.

Sementara itu, mendiang Yee Pheng pula merupakan anak kapal pesawat MH17 dan upacara pengebumian dijangka berlangsung di Bukit Kinding, dekat Chemor, esok.

PERAK TODAY14

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");