Isu Panas

Semua 12 Adun BN akan bersama Abdul Khalid – Budiman

“Kami dari Barisan Nasional akan meyertai Tan Sri Khalid Ibrahim jika dia kekal sebagai Menteri Besar (MB) Selangor demi kebajikan rakyat.”

Itu jawapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zuhdi berhubung kedudukan Abdul Khalid yang kini keseorangan dalam Kabinet negeri jika Sultan Selangor mahu beliau dikekalkan sebagai MB.

“Semua 12 ADUN BN telah sepakat untuk bersama Abdul Khalid tanpa syarat seperti yang dinasihatkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Dia (Abdul Khalid) bukan lagi mewakili mana-mana parti dan sebagai MB, dia perlukan anggota dewan untuk membantunya menguruskan negeri.

“Kami bukan mengambil kesempatan atas kemelut ini tetapi apa yang kami buat adalah semata-mata untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terperlihara,” katanya ketika ditemui di Sabak Bernam malam tadi.

Jelas Budiman, apa yang berlaku di Selangor adalah kerana kerakusan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat untuk mendapatkan kuasa.

“Walaupun saya sendiri tidak pernah bersetuju dengan Abdul Khalid sebelum ini kerana banyak janji yang dibuat dalam manisfestonya untuk rakyat tidak ditepati, tetapi jika sudah bersama nanti, kami akan menggerakkannya sebaik mungkin,” ujarnya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");