Perak Hari Ini

Tragedi MH17: 500 Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Jenazah Azrina

Lebih 500 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Ketua Pramugari pesawat MH17, Azrina Yakob yang tiba di Lapangan Terbang Tekah, Assam Kumbang, dekat Taiping kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Al- Hidayah Assam Kumbang Taiping untuk disembahyangkan selepas solat Jumaat.

Tinjauan Peraktoday.com.my mendapati ahli keluarga, kenalan serta penduduk setempat memenuhi di perkarangan masjid dan tanah perkuburan bagi memberi penghormatan kepada jenazah Allahyarham.

Turut berangkat mencemar duli memberi penghormatan terakhir, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Musa dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Turut kelihatan ibu kepada Allahyarham Azrina, Habibah Ismail dan ayahnya Yakob Silam Sudin.

Sembahyang jenazah telah diimamkan oleh Imam 1 Masjid Al-Hidayah, Mohd Abdullah Hashim sebaik sahaja solat Jumaat selesai.

Jenazah kemudiannya telah dibawa ke tanah perkuburan berhampiran masjid tersebut dengan diiringi oleh Batalion ke-9 Rejimen Renjer Diraja Taiping.

Azrina selamat dikebumikan kira-kira jam 3.35 petang tadi.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Mohd Rafliz Mohd Tahir, 43 serta dua orang anak, Aqil Rais Mohd Rafliz, 6, dan Arissa Raisha Mohd Rafliz, 3.

Azrina merupakan antara 298 penumpang pesawat MH17 yang terhempas dipercayai ditembak jatuh di sempadan Rusia-Ukraine pada 17 Julai yang lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");