Jenayah

Kereta dalam garaj tiba-tiba terbakar

api marak

TAIPING – Sebuah kereta jenis Honda musnah 100 peratus selepas terlibat dalam satu kebakaran di Taman Sri Larut, Simpang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, kenderaan yang diletakkan di garaj kereta di sebuah rumah dipercayai tiba-tiba terbakar.

Menurutnya, akibat kebakaran itu api turut merebak ke bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 1.03 pagi dan segera menghantar anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian,” katanya.

Hasna berkata, selain kenderaan ruang tamu di rumah berkenaan juga terbakar 20 peratus.

“Bagaimanapun, penghuni rumah terbabit berjaya menyelamatkan diri. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");