Perak Hari Ini

JASA, PPKMMP Agih 2,000 Jalur Gemilang Di Pasar Tani

Oleh Ahmad Amirul Hakim Ahmad Zulkifli:-

Sempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-57, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Perak dengan kerjasama Persatuan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (PPKMM) negeri menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang di kawasan pasar tani Stadium Perak, dekat Ipoh, pagi tadi.

1

Kempen itu turut dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

4

Program itu disempurnakan oleh Pengerusi PPKMM Perak, Datuk Omar Ahmad yang kemudiannya mengagih-agihkan Jalur Gemilang kepada peniaga dan pengunjung pasar tani tersebut.

Pihak JASA menyediakan kira-kira 2,000 Jalur Gemilang secara percuma bagi menjayakan program terbabit yang antara lain bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");