Jenayah

Padah ludah depan anggota polis

pdah ludah

TAMPIN – Seorang pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tampin, dekat sini, atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan meludah di hadapan pegawai kanan polis di dalam sel lokap Balai Polis Tampin, 20 Ogos lepas.

Majistret, Mahyun Yusof mengenakan hukuman penjara enam bulan ke atas Chong Yu Sen, 40, selepas tertuduh enggan membuat sebarang rayuan ketika diminta berbuat demikian.

Yu Sen didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.55 pagi, 20 Ogos lepas ketika pegawai kanan polis iaitu Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang membuat lawatan atau pemeriksaan lokap di Balai Polis Tampin.

Semasa sampai di sel 4, Yu Sen telah bertanyakan kepada Kooi Cheang mengapa dia ditahan di dalam lokap.

Kooi Cheang cuba menjelaskan kepada tertuduh bahawa reman adalah untuk siasatan terhadap kesnya, namun Yu Sen tidak berpuas hati dan bercakap dengan suara yang lantang mahu membuat aduan.

Bagaimanapun, tertuduh secara tiba-tiba meludah dengan perkataan ‘Poi’ di hadapan Kooi Cheang.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta dibaca bersama Seksyen 94 akta yang sama.

Untuk rekod, Yu Sen merupakan tahanan reman selama empat hari bermula 19 Ogos sehingga 22 Ogos lalu bagi kesalahan narkotik di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli memohon supaya mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada Yu Sen bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana berkelakuan tidak senonoh di hadapan pegawai kanan polis.

Terdahulu, Yu Sen turut berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh boleh sampai setahun, atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan pertuduhan, Yu Sen telah menampar muka dan menarik rambut seorang wanita di dalam sebuah kereta di Taman Chembong Utama, Rembau, kira-kira 10.30 malam, pada 17 Ogos lalu.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapannya, Yu Sen tidak mengaku bersalah dan kes bakal disebut semula 23 September ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");