Sukan Hari Ini

Magpies senaraikan De Jong

de jong

PENYERANG baharu Newcastle United, Siem de Jong akan diturunkan dalam misi memburu tiga mata pertama buat The Magpies menentang Aston Villa, malam ini.

De Jong yang sebelum ini tampil meyakinkan dalam aksi pra-musim diketepikan dalam aksi pembukaan menentang Manchester City ekoran kecederaan pada betis.

Namun, bekas kapten Ajax itu kini sudah bersedia dan pengendali Magpies, Alan Pardew yakin kehadiran De Jong mampu menyumbang sesuatu yang positif buat pasukan.

“De Jong sudah berlatih dengan baik sepanjang minggu ini dan dia akan berada dalam skuad ketika menentang Villa,” kata Pardew.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Newcastle pada awal Julai lalu dengan kontrak selama enam tahun.

Ketika di Ajax, penyerang berasal dari Belanda itu meledakkan 57 gol dalam 168 penampilan sejak 2007.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");