Sukan Hari Ini

Balotelli diarah bersikap baik!

balotelli

PENYERANG kontroversi Itali, Mario Balotelli perlu bersetuju dengan klausa ‘budak baik’ jika ingin melengkapkan perpindahan ke Liverpool.

Difahamkan, syarat itu dikemukakan oleh Ketua Eksekutif The Reds, Ian Ayre dalam pertemuan dengan ejen pemain berkenaan, Mino Railo, kelmarin.

Sumber memberitahu, Ayre mahukan jaminan daripada Railo bagi memastikan Balotelli tidak mencetuskan sebarang masalah apabila berhijrah ke Anfield kelak.

Dalam perkembangan berkaitan, laporan terbaru semalam mendedahkan Liverpool telah bersetuju membayar £16 juta (RM83 juta) kepada AC Milan untuk mendapatkan khidmat Balotelli.

Malah, pemain berusia 24 tahun itu telah memberitahu stesen televisyen Sky Italia bahawa kelmarin adalah hari terakhirnya di Milan.

Untuk rekod, Balotelli pertama kali beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Manchester City pada 2010.

Sepanjang tiga musim di Etihad, Balotelli mencetuskan pelbagai masalah termasuk membakar mercun di apartmennya selain bergaduh dengan Roberto Mancini yang merupakan pengurus City ketika itu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");