Perak Hari Ini

Perjuangan Tun M Kini Diteruskan Perdana Menteri

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang pemimpin yang berjaya sepanjang tempoh pentadbirannya.

“Tun Mahathir merupakan seorang mantan perdana menteri yang berjaya dan tiada perdana menteri sepertinya dan mampu menggantikannya,” katanya.

Beliau berkata dalam satu sidang sejurus merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timur di Ipoh, hari ini.

Katanya lagi, perjuangan mantan perdana menteri itu perlu diteruskan seperti yang dilakukan oleh pemimpin sekarang untuk meningkatkan lagi kejayaan yang sedia.

“Kejayaan itu perlu ditingkatkan dan saya menyayanginya ke akhir hayat sebagai seorang pemimpin yang sangat dihormati kerana masih mampu memberi hujah yang bernas,” katanya.

Malaysia katanya, boleh diibaratkan sebuah kapal yang memerlukan kapten yang baik untuk meneruskan sesuatu perjalanan itu.

“Bukan sembarangan untuk memilih seorang kapten yang baik untuk mengelolakan kelasi yang besar… dia perlu kuat dan kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan kapten dan sokongan perlu diberi kepadanya,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, setiap perkara yang timbul perlu diselesaikan dengan cara yang baik ibarat penyelesaian masalah antara adik beradik.

Mengulas mengenai kemerosotan jumlah kehadiran ahli  yang terbukti wujud di setiap cawangan-cawangan terutama di bahagian sayap, beliau berkata, ia disebabkan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.

Masalah kehadiran itu katanya, boleh diselesaikan apabila ahli di setiap sayap bahagian memberi komitmen yang tinggi terutama sekali golongan muda yang berhadapan dengan pelbagai kekangan termasuklah pekerjaan harian.

Jelasnya lagi, UMNO yang merupakan wadah perjuangan sederhana dan tegas hingga berupaya menyatukan rakyat Malaysia.

“Bangsa lain diharap menghormati perjuangan UMNO ini yang merupakan wadah kepada Malaysia sejak dahulu lagi,” tegasnya.

Semua parti lain katanya, berupaya memperjuangkan hak sama rata namun akhirnya bakal menimbulkan pertelingkahan semata-mata.

Ujar Shahidan lagi, sesebuah kumpulan minoriti tidak mungkin berupaya untuk memperjuangkan pelbagai perkara apatah lagi bertindak untuk menghina perjuangan UMNO.

Katanya lagi, matlamat UMNO kini adalah untuk berjaya dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Untuk memperolehi kejayaan itu, UMNO perlu kuat daripada segala segi,” katanya lagi.

PERAK TODAY1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");